.
Kuserah Cinta Ini
Album : Kembalilah Kasih
Munsyid : Suara Hati
Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Di pangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Telah kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mahu akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan kuserah jiwa ini
Sepenuh hati dalam perjuangan
Aku adalah aku yang berjuang..
Lagu: Isman Nadim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
.