Seminggu dua ni banyak diperingatkan dengan berita kematian. Tengahari tadi dikhabarkan dengan pemergian Ust Asri Rabbani ke rahmatullah, rebah ketika sidang media di Angkasapuri. Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'un..
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." http://asrirabbani.blogspot.com/
Malam Jumaat lepas diberitakan dengan pemergian Pok Ngoh, adik arwah ayah di Kuantan. Kami sekeluarga bertolak pagi Jumaat, terus ke Tanah Perkuburan Kampung Pandan 2 dekat Taman Tas. Liver failure. Kali terakhir bertemu beliau, 'Eidulfitri 2008.
Ahad malam, terima sms, atok sedara Kak Maizan meninggal dunia di Kota Bharu. She's taking flight with her parents that night.
Isnin pagi, masuk office and downloaded new e-mails, one of them is berita pemergian ibunda En. Zahir (Abg Wan) ke rahmatullah.
Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'un.. al-fatihah buat mereka yang telah pergi, takziah buat keluarga yang masih bernyawa.
Setiap berita kematian yang hadir bukanlah sekadar berita biasa. Itu peringatan. Sebaik-baik peringatan. Bersediakah aku, cukup sudahkah amal ibadahku, sudah selesaikah hutang-piutangku, adakah lagi orang yang belum kumaafkan, sudah diwariskankah ilmu dan kebaikan pada insan-insan lain..
Lebih bermakna lagi tazkiyyatunnafs dengan menjelangnya Ramadhan. Inilah peluang yang hanya sekali setahun untuk digarap. Barakahnya. Didikannya. Lailatul Qadarnya. Amalan sunnah diganjar fardhu, amalan fadhu diganda-gandakan. Tazkirah Ust Norazan tengahari tadi antara yang masih terdengar di telinga.
Ramadhan ini pasti lebih bermakna buatku..

Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ramadhan menjelama lagi
menghimpun rahmat dan maghfirah
bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa
bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
usah biarkan barokahnya
berlalu sia-sia saja
ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia
sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
hati gembira pintu terbuka
rahmat Allah Yang maha Besar
kita beroleh mutiara hikmah Al-Qur`an
lantas di belenggu nafsu dan syaitan
didatangkan pula Lailatul Qadar
pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
No comments:
Post a Comment