Saturday, January 28, 2012

Januari

Januari sudah 28 hari.
Sudah hampir sampai ke akhir.
Sungguh pantas rupanya.
Sebentar lagi hari ini juga tinggal sejarah.
Bahkan musim lalu kian jadi lama dan berusia.
Musim yang banyak kisah dan catatan.

Kisah kelahiran.
Kisah pertemuan.
Kisah air mata kegembiraan.
Juga kisah cabaran.
Kisah perjuangan.
Kemenangan dan ujian kekalahan.
Malah kisah kematian.
Kisah luka dan pilu.
Kisah perpisahan, kehilangan dan pemergian.

Namun buku 2012 masih baru.
Masih banyak aturan yang belum dilaksana.
Masih luas ruang untuk memperbaiki diri.
Sambil mengkoreksi khilaf-khilaf lalu.

Musim ini masih baru.
Masih banyak aturan yang belum terlaksana.
Masih ada ruang untuk memanjat do'a.
Agar dituliskan ketentuan yang baik.
Diberi inayah dan hidayah untuk memilih jalan yang benar.

Dengan harapan dan do'a pada setiap kelahiran dan pertemuan.
Agar rahmat Allah memayungi di setiap saat.
Agar inilah tulisan yang terbaik dalam takdir ini.

Jua dengan ingatan dan do'a hadiah untuk tiap kematian dan perpisahan.
Bahawa aku juga belum tentu hayat sampai ke hujung musim ini.
Agar setiap saat yang kupunya tika ini tidak kusiakan.

'Wabtaghi fiima aatakaLlahud daaral akhirah wa laa tansa nasiibaka minaddunya'
Al-Qasas/88:77

.:: As-Syaffaa' ::.

1 comment:

  1. Tahniah pada saudara-saudariku yang menerima ahli keluarga baru, juga yang telah bertemu jodoh perkahwinan. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian.
    Al-Fatihah buat saudara-saudariku yang telah pergi. Semoga Allah merahmati kamu di sana dan menempatkan kamu di kalangan cinta-cintaNya.
    Semoga Allah memberikan petunjuk dan taqdir yang terbaik dalam hidup setiap dari kita. Aamin.

    ReplyDelete