Sunday, August 23, 2009

Biskut

.

situasi 1

Ummi: Kakak, bagi adik sikit biskut tu. Adik nak.
Kakak: Tak nak. Ni kakak punya. Walid beli untuk kakak. Nanti ummi beli lah untuk adik.
Ummi: Kakak ni, cuba jadi akhlak mulia sikit. Ummi tak sayang lah. Cepat bagi satu dekat adik. Kalau tak kejap lagi ummi tak nak bawak kakak pergi jalan.
Kakak: Ummi ni! Taknak kawan dengan ummi dengan adik. Kakak kawan dengan walid je. Ummi jahat.

Ummi cubit kaki kakak. Kakak bawa tin biskut lari ke dalam bilik merajuk. Adik merengek.

situasi 2

Ummi: Kakak boleh bagi adik biskut satu? Kakak akhlak mulia. Ummi saayang kakak.
Kakak: Kakak dah besar. Tengok ni kakak bagi dekat adik biskut. Makan sama-sama kan ummi.
Ummi: Baguus kakak. Nanti kita pergi jalan sama-sama ye.
Kakak: Ummi ni baik la. Kakak saayang ummi.

Kakak datang dan peluk ummi. Ummi cium pipi kakak. Adik makan biskut dengan gembira.

Isi yang lebih kurang sama tapi nada dan approach yang berbeza. Hasil pun berbeza. Cuma kena kreatif dan sabar. Amat sabar.
.
More about tips keibubapaan.
.

3 comments:

  1. Amat sabar..ape lagi dgn 'Aisya. hehe..sementara nak besar~
    psst..mcm ade sofa baru je tu..? :)

    ReplyDelete
  2. uiks -- smart sight! nak tgk full version kena balik sini dulu.. :)

    ReplyDelete
  3. ouh.biase~~doktor dah terlatih utk 'menjelikan' mata mereka.ngehehe

    ReplyDelete